Rabu, 10 Ogos 2016

Alhamdhlillah senang hati sudah dapat rumah sendiri. Rasa nya sudah lama damqis tak update blog ni almaklumlah langsung tak de masa mana nak uruskan itu ini tambahan lagi dihujani dengan pelbagai masalah. 
Seribu dugaan melanda keluarga kecil damqis selama 6 tahun, sedikit sebanyak menganggu fikiran sampai terkadang keperluan diri pun terabaikan. 
Abaikan jelah semua tu. Yang penting saya, suami dan anak2 bahagia tinggal rumah baru. Takde lgi beban fikiran tak de lgi adegan tak diinginkan. Manusia ni tak puas dengan kesenangan yang diberikan. Sesungguhnya damqis tak pernah menyesal berbuat baik pada orang. Apa yang jadi sesalan damqis ialah berbuat baik pada orang yang salah.

Buah hati damqis. Babah, Adam, Ain dan baby Adib. Penyeri hidup. 😂😂😂😂😂Love you all till Jannah

Jumaat, 17 Jun 2011

RESIPI VICO BALL



RESEPI VICO BALL

BAHAN-BAHAN:

Setengah buku mentega golden churn (unsalted)
100 gm vico
30 gm susu manis
30 gm nestum
1 biji telur grade c
100 gm biskut marie (dihancurkan)
lebihan nestum untuk menggolek vico ball yg telah dibulatkan

cara2

panaskan kuali dengan api kecil. masukkan mentega hingga berbuih dan masukkan susu manis dan telur dan gaul cepat dengan menggunakan whisk. sesudah sebati masukkan vico dan gaul sebati. lepas tu masukkan nestum dan gaul sebati dalam masa 15 minit tutup api. masukkan biskut marie dan gaul dengan menggunakan gegawi jgn gunakan whisk lagi. tunggu adunan sejuk barulah dibulatkan mengikut citarasa masing2. lepas itu digolekkan kearah nestum. sedia untuk dimakan.
Ketika saya membuat adunan diatas dapat dalam 23 biji vico ball. Vico boleh juga diganti dengan milo. senang je kan.











MIX TOPPING CHEESECAKE

HALF CREAM CHEESE TOPPING
HALF OREO CREAM TOPPING
$15/BOX
SIZE 20CM

CREAM CHEESE + MALTELLA TOPPING
$15

Sabtu, 21 Mei 2011

Damqis Soft Cheesecake

Yang ini tengah hot selalu jadi tempahan customer. Alhamdulillah sambutannya begitu menggalakkan.



Harganya pun kira berbaloi juga sebab kek ni kalau dikirakan nak beli kat kedai pun mahal lah juga. mau2 $3.50 satu slice.

SALAM PERKENALAN

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama aku creat blog aku ni baru hari ni aku jengah dan buat entry. baru ada masa jua lah. almaklum lah sentiasa sibuk baking kek saja. mau2 dalam seminggu tu ada jua 3 ke 4 hari customer request minta buatkan soft cheesecake bukan satu dua biji sekali diorang minta buatkan. dah rezeki jgn lah ditolak kan hehe..
Anyway salam perkenalan buat blogger2 kat luar sana aku ni budak baru nak belajar kalau ada silap dan salah tegur2 je lah ya.
Aku ni simple je orgnya. dah tentulah perempuan. dah kahwin n dah ada dua orang anak. yg sulung lelaki dan yg kedua perempuan. nak tengok gambar diorang ^^,

Tambah kapsyen


ni lah dia permata hatiku. mereka lah racun dan juga penawar.